Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

3 Cara Buat Lelaki Jatuh Cinta Kepada Anda



Ingin mengetahui 3 resipi hebat untuk buatkan lelaki jatuh cinta atau tertarik kepada anda(wanita) ? :

1. Jadi Seorang Yang Berkeyakinan

Sifat yakin pada diri adalah komponen utama di dalam fasa ‘dating’ kerana ianya adalah kualiti yang bersifat ‘attractive’. Kualiti inilah yang boleh membuat lelaki cair kepada wanita dalam sekelip mata pada saat pertemuan pertama.

Sifat yakin pada diri amat penting untuk anda rasai sendiri (bukan buat-buat) kerana dengan berada di dalam keadaan yang yakin, anda akan tidak kelihatan terlalu ‘berusaha’ pada mata lelaki. Lelaki kebiasannya boleh mengesan wanita yang ‘desperate’ dari segi tingkah laku mereka dan kebiasaannya akan melakukan pelbagai cara untuk mengelak wanita seperti ini.